dah hampir empat pagi tapi masih tak boleh nak tidur. so i decided to write something about the first akademi fantasia concert for 2014. maybe taklah detail sebab lepas habis konsert tadi, pergi melepak dulu. jadi nak ingat sepenuhnya perjalanan konsert tu memang tak lah kan. but honestly, masa mula-mula masuk ke dewan konsert tadi, terasa getarannya. tahun ini i mungkin demam af!
stage sangat cantik. antara yang tercantik untuk konsert mingguan af berbanding tahun-tahun sebelumnya. pengenalan para cikgu juga bagus. ada personal touch! apatah lagi, cikgu-cikgu semua sememangnya sudah sebati dengan peminat-peminat af. begitu juga dengan pemilihan dato' hattan sebagai pengetua. kalau sebelum ini dia di antara pengkritik af yang boleh dikira 'garang', kali ini giliran dia mengemudi kapal af. syarat beliau yang tidak mahu lagu luar kecuali lagu ketuhana, i sokong seratus peratus! kombinasi jihan dengan zizan sebagai pengacara memang menjadi. seronok bila mereka berdua jenis yang spontaneous.
abang dato' ramli ms dan kak engku adalah pengkritik tetap manakala tam spider adalah pengkritik jemputan. kombinasi agak baik. cuma, i still prefer kalau setiap pengkritik dapat memberikan kritikan pada semua pelajar. barulah mereka dapat input sepenuhnya. macam tak adil pulak bila ada pelajar dapat kritikan daripada ketiga-tiga pengkritik, manakala ada pelajar yang hanya dikritik oleh seorang pengkritik dan ada yang dikritik oleh dua orang pengkritik.
lets not talk about pakaian pelajar-pelajar shall we. move on. ada beberapa orang pelajar yang agak menyerlah tapi sebab kesuntukan waktu, i tak tengok diari, jadi i tak ingat sangat nama-nama mereka. takpa, nanti boleh ingat bila dah masuk konsert kedua dan bila dah berpeluang nak tengok diari. adel was good! mengingatkan i pada linda nanuwil. ewal was good but way too polished berbanding pelajar-pelajar lain. nuha was good, but slightly on playful side. aman terlalu pemalu, walaupun ada suara yang baik. sampai nampak macam dia nyanyi kat karaoke je sebab terlalu malu. firman was good tapi bunyinya terlalu dekat dengan tam. azwan, wawa, muna, zarif, ziha, nina, and farez biasa-biasa je.
menuju puncak seriously buat i goosebumps. walaupun tarian masih berterabur sikit, tapi wahhhhh, terasa betul-betul tengok af. mungkin geraktari trademark linda jasmin membawa balik ke zaman kegemilangan af. though i was a bit baffled by the piece of cloth in between their legs.
what was missing? i think kalau betul-betul nak bagi pelajar-pelajar ni belajar lebih lagi, remove the back-up vocals. buat macam dulu! pelajar-pelajar sendiri yang akan jadi back-up vocals untuk kawan-kawan mereka yang buat persembahan. remove jugak the dancers! pelajar-pelajar sendiri yang akan menari untuk kawan-kawan mereka yang buat persembahan. that's the challenge!
okaylah. itu jer yang i boleh fikirkan sekarang ni. otak pun dah tepu. subuh pun dah menghampiri. nanti kalau ada apa-apa, i akan tulis lagi.
realitinya di sini...

i setuju part backup vocals & dancers tu...buat mcm edisi af zaman dulu2 :)
ReplyDeleteDah bertahun-tahun AF, wardrobe masih di tahap Bat Latiff kat RTM. Sedih betul. Tapi I like this year's batch, rata-rata semua nya boleh menyanyi. Also, I rasa either sound system sedikit out or I pekak, but sometimes, sora yang keluar agak kelam. OK lah OK lah, aku yang pekak hiks.
ReplyDeleteA lot more to see.. baru 1st week kan..
ReplyDelete