Sunday, September 14, 2014

kutuk tapi tengok jugak... perghhh!

lagi beberapa jam konsert minggu kedua nak bermula. Dah beberapa hari sebenarnya teringin nak update blog tetapi memang tidak ada masa terluang. Jadi, sebelum bersiap nak bergerak ke Dewan MBSA, i will just take a few moment untuk 'mencurahkan' apa yang i nak tulis sebelum ni.

actually, this posting pun sebenarnya berdasarkan beberapa status update yang i tengok di facebook. i don't want to talk so much on the latest edition of akademi fantasia dalam posting nih sebab ianya baru jer bermula, but lebih kepada pengalaman yang lalu.

Terbaca update seorang teman di facebook yang mengatakan akademi fantasia nih membazir sahaja. tak perlu lah buat lagi sebab kebanyakan bekas-bekas peserta akademi fantasia sekarang ni pun tak boleh cari makan, dan banyak yang dah buat business sendiri dan lain-lain lagi.

i'm glad i took the time untuk update my blog sebab kalau ikutkan perasaan, memanglah macam-macam jawapan yang keluar. tetapi orang yang tulis status kat facebook dia tu sebenarnya mungkin kurang arif lagi tentang qada dan qadar. i tak nak ambil sangat contoh-contoh lain yang mungkin tak terlalu dekat dengan i *walaupun kejap lagi mesti ada sentuh jugak* i cuma nak ambil contoh yang paling dekat dengan i. diddy!

i percaya, apa yang diddy lalui sekarang adalah qada dan qadar... kalau dia tak masuk akademi fantasia, i mungkin takkan kenal dia dan mungkin perjalanan hidupnya berbeza. ya, betul, tak semua bekas pelajar akademi fantasia akan berjaya menjadi penyanyi, tetapi akademi fantasia adalah platform untuk mereka membawa bakat mereka. the keyword is 'platform'!

i terima kalau orang nak cakap diddy tak famous pun! tetapi sebagai orang yang ada di sebelah beliau sepanjang kariernya selepas keluar daripada akademi fantasia, Alhamdulillah, tidaklah sesulit mana pun. memang ada jatuh bangunnya. memang ada masanya agak kering kontang poket. memang ada ketikanya sesak-sesak nafas juga dibuatnya. tapi itulah cabaran dan ketentuan. dan perlu ingat, diddy bukan pun berada dalam kelompok finalist. tetapi Alhamdulillah, sepanjang kariernya setakat ini, dia dah perform kat semua anugerah-anugerah besar di malaysia. dia dah merasai semua itu. kerja kuat itu datang dari diri kita.  Allah s.w.t. tak akan mengubah nasib seseorang itu (sesuatu kaum) sehinggalah mereka sendiri yang mengubahnya.

selepas keluar daripada akademi fantasia, setiap bekas pelajar bertanggung jawab atas perjalanan hidup masing-masing. yang rezekinya telah ditentukan Allah s.w.t. berjaya di bidang nyanyian, laku lah mereka untuk show dan persembahan. tetapi untuk yang lainnya, rezeki mereka bukan di situ sahaja. ada yang jadi penyampai radio, ada yang menjadi host, ada yang menjadi pelakon dan mungkin kalau kurang sekalipun, ada yang berniaga. dan berniaga bila dah ada nama artis ni, lain sikit. market up sikit!

dan peluang ini terbuka kerana rezeki Allah s.w.t. yang diberikan melalui akademi fantasia. kalau tidak kerana peluang di akademi fantasia, diddy mungkin melalui kesukaran untuk menyambung pelajarannya. tetapi Allah s.w.t. buka lagi rezeki dengan adanya universiti utara malaysia yang membuka pengajian kepada para artis.  dan diddy jadi artis pun melalui akademi fantasia!

what i want to say is, jangan selalu pandang sesuatu perkara itu dari sudut yang negatif. cuba pandang dari sudut yang positif. cuba fikir dari sudut yang berbeza. buka minda. kalau anda anggap ianya sekadar rancangan hiburan, maka ianya hanya akan menjadi sekadar rancangan hiburan. kalau anda anggap ianya hanya sekadar tempat mencari glamour, maka itu sajalah ianya untuk anda.  tetapi jika anda cuba lihat dari sudut yang lebih positif, membuka ruang dan bakat, memberi asahan ilmu yang mungkin jika mereka sendiri cuba cari sukar untuk diperolehi, maka anda akan lebih berfikiran positif.

sesekali, walaupun hanya sekadar rancangan hiburan, kita kena tengok dengan mata hati...

just to share, in shaa Allah, jika tidak ada aral yang melintang, diddy akan ke liverpool, england untuk melanjutkan pelajarannya di peringkat masters dalam bidang muzik pada 25 september ini... Syukur Alhamdulillah... dan terima kasih atas doa semua... terima kasih akademi fantasia!

*gambar sumber studio h


1 comment:

  1. Well said Bad...jums kita tonton konsert ke2 mlm nih...:)

    ReplyDelete