Sunday, September 14, 2014

kutuk tapi tengok jugak... perghhh!

lagi beberapa jam konsert minggu kedua nak bermula. Dah beberapa hari sebenarnya teringin nak update blog tetapi memang tidak ada masa terluang. Jadi, sebelum bersiap nak bergerak ke Dewan MBSA, i will just take a few moment untuk 'mencurahkan' apa yang i nak tulis sebelum ni.

actually, this posting pun sebenarnya berdasarkan beberapa status update yang i tengok di facebook. i don't want to talk so much on the latest edition of akademi fantasia dalam posting nih sebab ianya baru jer bermula, but lebih kepada pengalaman yang lalu.

Terbaca update seorang teman di facebook yang mengatakan akademi fantasia nih membazir sahaja. tak perlu lah buat lagi sebab kebanyakan bekas-bekas peserta akademi fantasia sekarang ni pun tak boleh cari makan, dan banyak yang dah buat business sendiri dan lain-lain lagi.

i'm glad i took the time untuk update my blog sebab kalau ikutkan perasaan, memanglah macam-macam jawapan yang keluar. tetapi orang yang tulis status kat facebook dia tu sebenarnya mungkin kurang arif lagi tentang qada dan qadar. i tak nak ambil sangat contoh-contoh lain yang mungkin tak terlalu dekat dengan i *walaupun kejap lagi mesti ada sentuh jugak* i cuma nak ambil contoh yang paling dekat dengan i. diddy!

i percaya, apa yang diddy lalui sekarang adalah qada dan qadar... kalau dia tak masuk akademi fantasia, i mungkin takkan kenal dia dan mungkin perjalanan hidupnya berbeza. ya, betul, tak semua bekas pelajar akademi fantasia akan berjaya menjadi penyanyi, tetapi akademi fantasia adalah platform untuk mereka membawa bakat mereka. the keyword is 'platform'!

i terima kalau orang nak cakap diddy tak famous pun! tetapi sebagai orang yang ada di sebelah beliau sepanjang kariernya selepas keluar daripada akademi fantasia, Alhamdulillah, tidaklah sesulit mana pun. memang ada jatuh bangunnya. memang ada masanya agak kering kontang poket. memang ada ketikanya sesak-sesak nafas juga dibuatnya. tapi itulah cabaran dan ketentuan. dan perlu ingat, diddy bukan pun berada dalam kelompok finalist. tetapi Alhamdulillah, sepanjang kariernya setakat ini, dia dah perform kat semua anugerah-anugerah besar di malaysia. dia dah merasai semua itu. kerja kuat itu datang dari diri kita.  Allah s.w.t. tak akan mengubah nasib seseorang itu (sesuatu kaum) sehinggalah mereka sendiri yang mengubahnya.

selepas keluar daripada akademi fantasia, setiap bekas pelajar bertanggung jawab atas perjalanan hidup masing-masing. yang rezekinya telah ditentukan Allah s.w.t. berjaya di bidang nyanyian, laku lah mereka untuk show dan persembahan. tetapi untuk yang lainnya, rezeki mereka bukan di situ sahaja. ada yang jadi penyampai radio, ada yang menjadi host, ada yang menjadi pelakon dan mungkin kalau kurang sekalipun, ada yang berniaga. dan berniaga bila dah ada nama artis ni, lain sikit. market up sikit!

dan peluang ini terbuka kerana rezeki Allah s.w.t. yang diberikan melalui akademi fantasia. kalau tidak kerana peluang di akademi fantasia, diddy mungkin melalui kesukaran untuk menyambung pelajarannya. tetapi Allah s.w.t. buka lagi rezeki dengan adanya universiti utara malaysia yang membuka pengajian kepada para artis.  dan diddy jadi artis pun melalui akademi fantasia!

what i want to say is, jangan selalu pandang sesuatu perkara itu dari sudut yang negatif. cuba pandang dari sudut yang positif. cuba fikir dari sudut yang berbeza. buka minda. kalau anda anggap ianya sekadar rancangan hiburan, maka ianya hanya akan menjadi sekadar rancangan hiburan. kalau anda anggap ianya hanya sekadar tempat mencari glamour, maka itu sajalah ianya untuk anda.  tetapi jika anda cuba lihat dari sudut yang lebih positif, membuka ruang dan bakat, memberi asahan ilmu yang mungkin jika mereka sendiri cuba cari sukar untuk diperolehi, maka anda akan lebih berfikiran positif.

sesekali, walaupun hanya sekadar rancangan hiburan, kita kena tengok dengan mata hati...

just to share, in shaa Allah, jika tidak ada aral yang melintang, diddy akan ke liverpool, england untuk melanjutkan pelajarannya di peringkat masters dalam bidang muzik pada 25 september ini... Syukur Alhamdulillah... dan terima kasih atas doa semua... terima kasih akademi fantasia!

*gambar sumber studio h


Monday, September 8, 2014

konsert akademi fantasia 2014 - minggu pertama

dah hampir empat pagi tapi masih tak boleh nak tidur. so i decided to write something about the first akademi fantasia concert for 2014. maybe taklah detail sebab lepas habis konsert tadi, pergi melepak dulu. jadi nak ingat sepenuhnya perjalanan konsert tu memang tak lah kan. but honestly, masa mula-mula masuk ke dewan konsert tadi, terasa getarannya.  tahun ini i mungkin demam af!

stage sangat cantik. antara yang tercantik untuk konsert mingguan af berbanding tahun-tahun sebelumnya. pengenalan para cikgu juga bagus. ada personal touch! apatah lagi, cikgu-cikgu semua sememangnya sudah sebati dengan peminat-peminat af. begitu juga dengan pemilihan dato' hattan sebagai pengetua. kalau sebelum ini dia di antara pengkritik af yang boleh dikira 'garang', kali ini giliran dia mengemudi kapal af. syarat beliau yang tidak mahu lagu luar kecuali lagu ketuhana, i sokong seratus peratus! kombinasi jihan dengan zizan sebagai pengacara memang menjadi. seronok bila mereka berdua jenis yang spontaneous.

abang dato' ramli ms dan kak engku adalah pengkritik tetap manakala tam spider adalah pengkritik jemputan. kombinasi agak baik. cuma, i still prefer kalau setiap pengkritik dapat memberikan kritikan pada semua pelajar. barulah mereka dapat input sepenuhnya. macam tak adil pulak bila ada pelajar dapat kritikan daripada ketiga-tiga pengkritik, manakala ada pelajar yang hanya dikritik oleh seorang pengkritik dan ada yang dikritik oleh dua orang pengkritik.

lets not talk about pakaian pelajar-pelajar shall we. move on. ada  beberapa orang pelajar yang agak menyerlah tapi sebab kesuntukan waktu, i tak tengok diari, jadi i tak ingat sangat nama-nama mereka. takpa, nanti boleh ingat bila dah masuk konsert kedua dan bila dah berpeluang nak tengok diari. adel was good! mengingatkan i pada linda nanuwil. ewal was good but way too polished berbanding pelajar-pelajar lain. nuha was good, but slightly on playful side. aman terlalu pemalu, walaupun ada suara yang baik. sampai nampak macam dia nyanyi kat karaoke je sebab terlalu malu. firman was good tapi bunyinya terlalu dekat dengan tam. azwan, wawa, muna, zarif, ziha, nina, and farez biasa-biasa je.

menuju puncak seriously buat i goosebumps. walaupun tarian masih berterabur sikit, tapi wahhhhh, terasa betul-betul tengok af. mungkin geraktari trademark linda jasmin membawa balik ke zaman kegemilangan af. though i was a bit baffled by the piece of cloth in between their legs.

what was missing? i think kalau betul-betul nak bagi pelajar-pelajar ni belajar lebih lagi, remove the back-up vocals. buat macam dulu! pelajar-pelajar sendiri yang akan jadi back-up vocals untuk kawan-kawan mereka yang buat persembahan. remove jugak the dancers! pelajar-pelajar sendiri yang akan menari untuk kawan-kawan mereka yang buat persembahan. that's the challenge!

okaylah. itu jer yang i boleh fikirkan sekarang ni. otak pun dah tepu. subuh pun dah menghampiri. nanti kalau ada apa-apa, i akan tulis lagi.

realitinya di sini...